comscore
Tumpuan :
Nasional

Kabinet Lulus Wakil Sabah, Sarawak Dalam LHDN

Oleh Buletin TV3

KUCHING: Kabinet meluluskan cadangan untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) 1995 yang membolehkan Kerajaan Sarawak dan Sabah menduduki keanggotaan lembaga pengarah.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata cadangan terbabit dipersetujui oleh anggota Jemaaah Menteri pada 30 September lalu dengan proses seterusnya melibatkan pembentangan cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) di parlimen untuk kelulusan.

Menurut beliau, kerajaan telah pun melantik calon kerajaan Sabah ke dalam Lembaga pengarah LHDN yang mengisi kekosongan ahli profesional dalam lembaga berkenaan.

“Cadangan pindaan yang dipersetujui Jemaah Menteri akan menginstitusikan wakil daripada Sabah dan Sarawak di dalam lembaga pengarah LHDN sekaligus membolehkan pelantikan wakil dari kalangan penjawat awam kedua Kerajaan Negeri terbabit.

Pindaan Akta 533 merupakan tindakan kerajaan persekutuan susulan daripada perkara-pekara yang telah dipersetujui ketika Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Loading...
Terkini