comscore
Tumpuan :
Nasional

Kadar baharu bantuan zakat tidak rujuk sepenuhnya PADU

engerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya beramah mesra bersama anak-anak asnaf di Majlis Rahmah Ramadan MAIWP. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan penentuan kadar baharu bantuan zakat yang akan diumumkan Jun depan tidak bergantung sepenuhnya kepada sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya berkata penilaian utama masih dibuat berdasarkan had kifayah dan sistem PADU yang bakal dilancarkan nanti akan menjadi satu daripada sumber rujukan bagi penentuan kelayakan penerima bantuan.

“Ya, kita masih dalam peringkat kajian untuk perkenalkan kadar baharu bantuan zakat. Kajian juga akan ambil kira PADU, cuma ia sebagai sistem sokongan kepada MAIWP. Bukan rujuk sepenuhnya kepada PADU,” katanya.

FOTO: NSTP

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Rahmah Ramadan MAIWP: Sumbangan Pakaian dan Keperluan Raya di AEON BiG Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Mohd Nizam berkata sistem pengiraan kelayakan asnaf agak berbeza kerana ia lebih menyeluruh berbanding PADU yang memberi tumpuan kepada perbelanjaan isi rumah.

“Kiraan kita berdasarkan had kifayah iaitu kadar keperluan bagi satu keluarga dalam tempoh sebulan. Kita akan lihat segala keperluan, termasuk isi rumah.”

Katanya perkara itu masih di peringkat kajian dan akan diumumkan pada Jun depan.

Melalui kaedah itu, baharu asnaf terbabit dapat ditentukan sama ada dalam kategori fakir atau miskin.

Jelasnya, MAIWP menjangka jumlah penerima bantuan akan meningkat.

Tambah Mohd Nizam, proses pemutihan bagi mengenal pasti individu yang tidak lagi layak menerima bantuan zakat dilakukan secara berterusan.

Penerima yang menipu akan diambil tindakan termasuk dengan menghentikan semua skim bantuan yang sedang diterima penerima berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini