comscore
Tumpuan :
Nasional

Kadar bunuh diri lelaki meningkat empat kali ganda berbanding wanita – Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – FOTO NSTP

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Sejumlah 4,440 rakyat Malaysia dilaporkan membunuh diri sejak 2019, dengan kadar kes kekal tinggi sejak tiga tahun lepas, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Statistik itu turut mendedahkan bahawa kes bunuh diri dalam kalangan lelaki adalah empat kali lebih tinggi berbanding wanita, dengan bilangan kes meningkat sejak 2021.

“Jumlah kes bunuh diri telah meningkat, terutamanya sejak 2021, dengan hampir atau lebih 1,000 kes setiap tahun berlalu.

“Terdapat 609 kes pada 2019, 621 pada 2020, 1,142 pada 2021, 981 pada 2022, dan 1,087 pada tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara kali ke-2 di Parlimen kelmarin.

Ahmad Zahid menambah, majoriti kes bunuh diri melibatkan lelaki, dengan lebih 3,600 kes, manakala lebih 780 melibatkan wanita.

Beliau berkata wujud kebimbangan terhadap kaum Cina yang memperlihatkan trend kes bunuh diri tertinggi setiap tahun sejak 2019.

Selain itu, kes bunuh diri dalam kalangan warga asing adalah yang kedua tertinggi, dengan kaum India dan Melayu masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

“Tidak dinafikan bahawa negara kini sedang mengalami perubahan sosial dan ekonomi yang drastik berikutan kemunculan pelbagai trend baharu seperti perubahan demografi, urbanisasi, inovasi digital, ketidaksamaan ekonomi, dan perubahan kuasa ekonomi global,” katanya

Beliau juga berkata isu ini menunjukkan keperluan yang ketara untuk perubahan awal yang drastik dalam konteks dasar sosial.

Sementara itu, sehingga kini, talian krisis kesihatan mental kebangsaan atau talian HEAL 15555 menerima lebih 48,900 panggilan dari Oktober 2022 hingga Jun 2024.

Daripada panggilan ini, sejumlah 28,870 menerima sokongan emosi yang , manakala 20,030 melibatkan langkah intervensi khas seperti psikopendidikan, kemahiran pemikiran positif, dan terapi tingkah laku kognitif.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini