Tumpuan :
Nasional

Kafe hiburan digempur, 15 warga asing termasuk 13 gadis pelayan ditahan

FOTO: Jabatan Imigresen Negeri Melaka/ Facebook

MELAKA: Jabatan Imigresen menggempur sebuah restoran dan kafe hiburan tidak berlesen di Batu Berendam, di sini, semalam dan menahan 15 warga asing termasuk 13 gadis pelayan.

Pengarahnya, Anirwan Fauzee Mohd Aini, berkata, serbuan bermula jam 10 malam itu susulan aduan penduduk, selain intipan pihaknya berhubung aktiviti dua premis di tingkat bawah dan atas bangunan yang menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak dua bulan lalu.

FOTO: Jabatan Imigresen Negeri Melaka/ Facebook

Hasil serbuan, katanya 15 warga asing dari Thailand, Laos dan Myanmar berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan termasuk 13 wanita disyaki bekerja sebagai pelayan yang leka berlibur bersama pelanggan.

Sementara baki dua yang ditahan bekerja sebagai tukang masak.

“Restoran dan pusat hiburan berkenaan aktif pada waktu malam dipercayai bagi mengelak tindakan pihak berkuasa,” katanya melalui kenyataan.

FOTO: Jabatan Imigresen Negeri Melaka/ Facebook

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan dilakukan warga asing terbabit adalah tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa tanpa pas dan permit sah, melanggar syarat pas atau permit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis kafe hiburan itu baru dibuka dan beroperasi tanpa lesen, sebelum semua warga asing terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini