comscore
Tumpuan :
Nasional

Kaitan PM dengan Israel, PDRM buka kertas siasatan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berkaitan dakwaan Ahli Parlimen Baling Hassan Saad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin mengesahkan perkara itu dan berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Katanya, kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sudah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.

Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang berkata Pakatan Harapan (PH) juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan pemimpin gabungan itu sebagai ejen Israel.

“Beliau (Anwar) tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap kritikan berkenaan capal (ketika memasuki Jabatan Perdana Menteri), namun kita menitikberatkan soal elemen fitnah seperti ejen Israel dan beliau meminta polis mengambil tindakan.

“Namun, saya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai laporan polis itu,” katanya.

Anwar, yang juga Presiden PKR, mula dikaitkan dengan fitnah itu apabila Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mempersoalkan pendirian Ahli Parlimen Tambun terbabit berhubung penahanan beberapa individu, termasuk rakyat tempatan yang disyaki terbabit dengan ejen perisikan Israel, Mossad.

Loading...
Terkini