comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kajian mendalam terhadap penggunaan kanabis dalam perubatan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program Dialog Anak Muda ‘Temu Anwar’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Oleh Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan dalam negara memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh serta mendalam termasuk aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia mengambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.

“Sabar, kita harus teliti betul-betul, kena ingat sebaik sahaja kita halalkan (kanabis) dengan hujah kuat seperti perubatan dan keperluan, itu nak kawal susah… Saya tidak kata saya ada pandangan keras dalam bidang ini, saya sudah cadang supaya kita buka ruang dan bincang betul-betul implikasinya. Bagi orang yang nak cadangkan atau menolak, mari kita lihat secara keseluruhan dulu implikasi dan kemudian ambil keputusan sama ada nak halalkan sebahagian atau terus dengan keadaan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam program Dialog Anak Muda ‘Temu Anwar’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut memberi gambaran berkaitan permasalahan serius yang sukar ditangani berhubung isu penyalahgunaan dadah.

Loading...
Terkini