comscore
Tumpuan :
Nasional

Kakak Bella pula ditahan polis

 

Foto fail

BATU PAHAT: Kakak kepada Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, iaitu Norhisham, 36 ditahan polis, jam 2 pagi tadi.

Difahamkan polis menahan Norhisham susulan tindakan membuat live di laman sosial Tik tok miliknya, dengan meletakkan gambar ahli keluarga suspek yang sebelum ini didakwa membunuh adiknya, Bella.

Penahanan Norhisham turut dimaklumkan oleh suaminya yang juga abang ipar kepada Bella, Mohd Fairuzizan Yusak.

Katanya, pihak polis telah membawa Norhisham untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Batu Pahat bagi membantu siasatan pagi tadi.

Ketua Polis daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Susulan itu, suspek utama kes pembunuhan Bella akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor pada 24 Januari atas pertuduhan bunuh.

Sebelum ini, suspek utama kes pembunuhan Bella iaitu teman lelakinya Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa melakukan kesalahan itu antara 14 hingga 15 Disember 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini