comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Kakak maut, adik kritikal dalam kemalangan

FOTO: Ihsan Bomba

KENINGAU: Seorang wanita maut manakala adiknya kritikal selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Batu 27, Jalan Keningau – Tenom, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa Nurul Syakina Kasim, 22, yang memandu kereta jenis Proton Wira disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik lelakinya berusia 17 tahun tidak sedarkan dan menerima rawatan Zon Marah Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kenderaan Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 38 tahun seorang diri dari arah Keningau menuju ke Tenom manakala mangsa wanita yang memandu Proton Wira bergerak dari arah Tenom menuju ke Keningau bersama adiknya.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dipercayai Proton Wira hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan Toyota Hilux.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala manakala penumpang parah patah kaki dan lengan kiri.

“Kini mangsa menerima rawatan di Zon Marah Hospital Keningau dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yampil berkata, pemandu Toyota Hilux hanya mengalami cedera ringan dan semua mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan.

“Bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan saringan Covid-19.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini