comscore
Tumpuan :
Nasional

Kaki budak 3 tahun tersepit dalam lubang katil mainan

Oleh : Amirulhakim Lokman 

PETALING JAYA : Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dilaporkan tersepit kaki dalam lubang katil mainan, di sebuah pangsapuri di Lembah Subang, Ara Damansara, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Ikram Syalehin Solah, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua Unit Rapid Intervention Motorcycle Team (RIM) digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.37 pagi.

“Sampai di lokasi komander operasi melaporkan terdapat 1 mangsa kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah tersepit kaki di lubang katil mainan,” katanya.

Tambah Mohd Ikram, kaki mangsa berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Loading...
Terkini