
SEPANG: Pekerja binaan warga Indonesia cedera selepas kaki kanannya tersepit ke dalam mesin pembancuh simen di sebuah tapak pembinaan Mukim Tanjung 12, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.19 petang tadi.
“Jentera dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.
“Mangsa seorang lelaki warga Indonesia cedera di bahagian kaki akibat tersepit di dalam mesin membancuh simen,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kaki mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan orang awam di lokasi kejadian sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
Katannya, mangsa berusia lingkungan 30-an diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.