Tumpuan :
Nasional

Kakitangan awam Johor dapat bonus 2 bulan gaji

Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

ISKANDAR PUTERI: Kira-kira 17,704 penjawat awam di Johor akan menikmati insentif khas kewangan sebanyak dua bulan gaji.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Katanya, pemberian insentif khas kewangan berkenaan turut diberikan kepada kakitangan kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

“Semoga insentif ini menjadi motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor,” katanya.

Mac lalu, Kerajaan Johor turut memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada seluruh penjawat awam di negeri ini.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri itu memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini