comscore
Tumpuan :
Nasional

“Kalau PM bayar cukai, rakyat lain jangan menipu” – Anwar

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak culas membayar cukai kerana beliau sendiri menunaikan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau turut dikenakan cukai RM500 bagi satu tong minyak zaitun yang diberikan seorang rakannya dari negara Arab.

“Ada kisah yang saya cerita di mesyuarat pasca Kabinet (sebelum ini), tahun lalu setelah beberapa bulan saya menjadi Perdana Menteri, sahabat lama saya seorang Arab tiap-tiap tahun beri saya satu tong minyak zaitun. Saya bawa kepada keluarga dan kawan, (pokok zaitun) yang ditanam di kawasan rumah dia.

“Tahun ini Kastam Klang kenakan cukai RM500 kepada saya. Saya kata saya bukan berniaga tapi saya tidak mahu rayu. Saya nak bagi ini sebagai contoh, kalau Perdana Menteri terpaksa bayar cukai, rakyat lain jangan menipu,” kongsinya ketika berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42, di sini hari ini.

Jelas beliau, biarpun sudah menjadi Perdana Menteri, tuntutan kepada kerajaan juga perlu dilaksanakan.

“Itu berbeza, kalau orang lain, dia Perdana Menteri, dia rasa hebat, beli barang ratusan juta ringgit tak nak bayar cukai. Saya (pula) minyak zaitun untuk makan sendiri dan keluarga, dikenakan cukai dan saya bayar kerana saya ingin (beri) contoh baik kepada rakyat untuk belajar,” katanya.

Loading...
Terkini