comscore
Tumpuan :
Nasional

Kampung Baru dinaiki air

Foto: Ihsan Bomba KL

KUALA LUMPUR: Susulan hujan lebat sekitar ibu negara, Kampung Baru di sini dinaiki air petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto memaklumkan dua pasukan digerakkan ke lokasi kejadian.

Foto: Ihsan Bomba KL

“Hujan lebat mula turun di kawasan sekitar ibu negara hari ini sejak jam 4.15 petang.

“Dua pasukan dibentuk bagi memantau kawasan berisiko di Kampung Periuk, Kampung Baru dan Kampung Jalan Kubur, Pantai dalam di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua lokasi sekitar Kampung Baru di sini iaitu di Kampung Periuk di tenggelami air sedalam 0.4 meter manakala Jalan Hamzah 0.5 meter.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai lain-lain pangkat dikerahkan bagi membantu mangsa yang terjejas.

Loading...
Terkini