comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kamu tak mahu layan saya, biar saya sendiri ambil minuman

Tangkap layar video tular.

SEPILOK: Video seekor orang utan mengambil minuman dari peti sejuk pantas menjadi tular.

Kejadian berlaku di Kafe Keruing di Rainforest Discover Centre (RDC) di sini.

Video dirakam oleh Welfred Yudot dan dikongsi melalui Facebook Arthur Chong sejak semalam.

Chong dalam kenyataannya pada video itu berkata ekoran cuaca terlampau panas hari ini, ‘seorang’ tetamu tidak diundang telah singgah di Kafe Keruing di RDC Sepilok serta memilih sendiri apa yang ada di dalam peti sejuk dan terus beredar tanpa membuat bayaran.

Rakaman itu menunjukkan orang utan itu mengambil dua karton minuman bertin yang masih dalam bungkusan dan satu kotak atau balang plastik yang sudah pun terbuka berisi cecair putih dipercayai susu.

Selepas meminum cecair itu sehingga habis, ia kemudian terus meninggalkan kafe itu bersama dua karton minuman bertin di sebelah tangannya.

Semakan pada jam 5.30 petang tadi mendapati video itu mendapat lebih 27,000 tontonan dan 112 komen.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini