comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-Kanak 10 Tahun Melecur Seluruh Badan

Seorang kanak-kanak lelaki melecur seluruh badan dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Tan Sri Manickavasagam, Semenyih.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut laporan dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, kebakaran membabitkan ruang bilik di sebuah rumah teres kelas A.

“Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.02 pagi tadi sebelum bergegas ke tempat kejadian”

“Kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam  sebelum pasukan penyelamat tiba. Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang melecur seluruh badan”

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini