comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 11 tahun antara 28 PATI ditahan JIM Johor

Jabatan Imigresen Johor melancarkan “Ops Sapu” susulan maklumat awam dan risikan yang mendakwa beberapa warganegara asing termasuk PATI tinggal di kawasan sekitar Skudai.

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun antara 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen negeri ini dalam operasi di Skudai, malam tadi.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, semua PATI terdiri dari warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh ditahan dalam operasi jam 12.50 malam tadi.

Katanya, pihaknya melancarkan “Ops Sapu” susulan maklumat awam dan risikan yang mendakwa beberapa warganegara asing termasuk PATI tinggal di kawasan itu.

“Siasatan awal mendapati PATI terbabit menyewa ruang tamu dan bilik kecil dengan kadar sewa antara RM450 hingga RM750 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), iaitu tinggal lebih masa.

Sehubungan itu, Baharuddin meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat berkaitan PATI di kawasan masing-masing supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang negara.

Loading...
Terkini