comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 11 tahun dikhuatiri lemas, rakan terselamat ketika mandi sungai

FOTO: Ihsan JBPM

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi, manakala rakannya dapat diselamatkan di sungai Kampung Tabanak, hari ini.

Mangsa dikhuatiri lemas, dikenali sebagai Mohammad Juiqram Julmasalleh 11, manakala Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam, 11, diselamatkan oleh orang awam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Kiniremmy Zikol@Lupi, berkata,  sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 4.39 petang.

“Menurut pemanggil, terdapat dua mangsa lemas ketika mandi-manda di sungai bersama rakannya.

“Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi masih hilang,” katanya.

Pencarian dilakukan dengan menelusuri tepi sungai sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terakhir kali dilihat.

“Pasukan bomba juga menjalankan pencarian di permukaan air menggunakan bot penyelamat,” katanya.

Loading...
Terkini