comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 12 tahun maut dalam kemalangan motosikal

Foto: PDRM

PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan motosikal lain di Kilometer 34 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di sini, pagi tadi.

Kejadian pada jam 10 pagi di hadapan pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Padang Pak Amat itu berlaku ketika kanak-kanak lelaki terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 dari Kampung Wakaf menuju ke Padang Pak Amat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal dan melanggar bahagian belakang sebuah motosikal lain yang berada di hadapannya.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat trafik, Inspektor Henry Dass Tevatus di talian 016-5072413.

“Polis menasihatkan ibu bapa untuk memastikan anak mereka tidak menggunakan motosikal selagi tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini