comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 2 tahun lemas, terjatuh tasik

SERI ISKANDAR: Kanak-kanak lelaki dua tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini, hari ini.

Kejadian berlaku semasa keluarga mangsa sedang menunggu waktu solat Zohor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.19 tengah hari.

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi PETRONAS, di sini, hari ini. NSTP

 

“Maklumat yang diperolehi daripada keluarga dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) cuma menunjukkan kanak-kanak itu berada bersebelahan dengan tasik.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang diarahkan untuk menyelam telah menjumpai mangsa pada jarak tiga meter daripada tebing tasik pada jam 4.25 petang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini