comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 3 tahun terkunci dalam kereta diselamatkan

FOTO: JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap selama 20 minit dalam sebuah kereta di tempat parkir berhadapan sebuah kedai di Batu 7, Labuk Jaya, di sini, pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.37 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terkunci di dalam kereta jenis Perodua Axia.

“Pasukan bomba kemudian membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas selama lapan minit,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa dalam keadaan stabil ketika dikeluarkan dan diserahkan kepada keluarganya.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 10.55 pagi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini