comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 6 tahun antara mangsa serangan penduduk haram Yahudi

PALM STRATEGIC PALM STRATEGIC INITIATIVES

TEBING BARAT : Sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin cedera manakala puluhan yang lain sesak nafas dalam serangan dilancarkan pendatang haram Yahudi

Menurut aktivis Ghassan Douglas, penduduk Yahudi dari penempatan haram Homesh menyerang kediaman penduduk Palestin di bandar Burqa

Malah tindakan biadap itu dilakukan dengan kehadiran tentera rejim Zionis yang hanya membiarkan sahaja insiden itu belaku.

Turut jadi sasaran tiga kenderaan penduduk Palestin yang dipecahkan oleh pendatang haram Yahudi

Terdahulu seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilanggar dengan kenderaan pacuan empat roda milik tentera rejim di Beit Furik yang terletak di timur Nablus.

Tentera rejim dilaporkan menyerbu bandar itu dengan tembakan senjata api ketika pelajar baharu pulang dari sekolah.

Seorang lagi remaja Palestin pula mengalami lebam-leban selepas diserang pendatang haram Yahudi di selatan al-Khalil.

Umur tidak menjadi faktor penghalang kepada penduduk haram Yahudi apabila, kanak-kanak berusia enam tahun dan keluarganya turut jadi mangsa serangan penduduk haram Yahudi di daerah Ain AL-Baida

Keganasan di Tebing Barat setakat ini telah meragut 64 nyawa kanak-kanak sejak awal tahun lalu.  – PALINFO

Loading...
Terkini