comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak antara 10 pengemis warga asing ditahan

FOTO: Jabatan Imigresen

PETALING JAYA: 10 orang pengemis warga asing ditahan Jabatan Imigresen hasil tindakan operasi pemeriksaan di ibu negara semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata kesemua yang ditahan berusia antara 2 hingga 41 tahun kerana pelbagai kesalahan.

Tindakan penguatkuasan dilakukan susulan aduan awam mengenai kegiatan mengemis dalam kalangan warga asing.

FOTO: Jabatan Imigresen

Pemeriksaan dilakukan di pekarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar jam 12.15 tengah hari semalam.

Dalam operasi berkenaan, 13 orang telah diperiksa dan hasilnya 10 orang ditahan.

Mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki dan dua wanita warga Myanmar.

FOTO: Jabatan Imigresen

Turut ditahan dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Myanmar.

Tiga lagi individu dibebaskan kerana adalah warga tempatan.

Kesemua pengemis warga asing ditangkap kerana melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Mereka ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Loading...
Terkini