comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak antara 2 maut, 6 cedera dalam nahas 2 kereta

SUNGAI BULOH : Kanak-kanak perempuan antara dua maut manakala enam cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di KM452 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi ini.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.29 pagi tadi.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan Toyota Vios.

Dua mangsa, seorang lelaki dan seorang kanak kanak perempuan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala daripada 6 mangsa yang cedera, 2 yang dilaporkan parah adalah wanita.

Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai ke tempat kejadian dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Identiti semua mangsa sedang dikenalpasti.

Loading...
Terkini