comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak antara dua maut nahas 4 kenderaan

MACHANG: Dua termasuk kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 38 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu,  penunggang motosikal Yamaha Y-15 berusia 41 tahun dan pembonceng motosikal Yamaha LC135 berusia 10 tahun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.

 

Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila motosikal Yamaha LC135 keluar dari simpang menghala ke Kota Bharu sebelum tiba-tiba datang dua motosikal Yamaha Y-15 dan Honda EX-5 dari arah Kota Bharu menyebabkan ketiga-tiga kenderaan itu bertembung.

“Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal Yamaha Y-15 berusia 41 tahun tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh kereta Toyata Vios.

“Pembonceng motosikal Yamaha LC135 berusia 10 tahun turut maut.

Mayat dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairulanwar Adam di talian 011-10085165 atau boleh menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di talian 09-9751222.

Loading...
Terkini