comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak autisme ditemui lemas dalam tasik

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki autisme ditemui lemas di tengah tasik di Taman Medan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui oleh pemancing kira-kira jam 7 malam tadi.

“Difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa ada membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit kira-kira jam 4 petang tadi.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, ibu mangsa ada membuat hantaran di Facebook untuk mencari anaknya yang hilang di Taman Aman sekitar jam 4 petang tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini