comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak ditemukan lemas selepas hilang seberang sungai dengan bapa

Oleh: Safwan Sawi

TAWAU: Kanak-kanak perempuan, empat tahun yang dilaporkan hilang di sungai pada petang Jumaat dalam kejadian di Kg Ranggu, Batu 8, Jalan Apas, di sini, ditemukan lemas pada Sabtu, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, mayat Putri Jimar berjaya ditemui orang awam sekitar jam 8 pagi pada jarak 800 meter dari lokasi asal mangsa hilang.

Beliau berkata, penemuan itu adalah hasil Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang disambung hari kedua bermula jam 6.58 pagi oleh pasukan penyelamat.

Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang Jumaat semalam yang memaklumkan terdapat seorang mangsa dikhuatiri hanyut di sungai.

FOTO: Ihsan JBPM Tawau

“Menurut pengadu mangsa seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hanyut di sungai ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapa mangsa di Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas Tawau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

SAR hari ke-2 bermula pada jam 6.58 pagi dengan kaedah pencarian surface rescue bersama agensi lain dan orang awam di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Namun pada jam 8.00 pagi tadi mangsa dikenali sebagai Putri Jimar berusia empat tahun itu telah ditemui meninggal dunia oleh orang awam dengan Jarak 800 meter dari lokasi asal dilaporkan lemas.

“Pasukan Bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan susulan dan Operasi SAR ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini