comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak istimewa tanpa telinga meninggal dunia

Muhammad Firdaus Zaquan Abdul Wahab, 23 bulan dari Kampung Laut ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.-FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak istimewa yang dilahirkan tanpa telinga namun didakwa boleh mendengar yang tular sebelum ini meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang semalam.

Muhammad Firdaus Zaquan Abdul Wahab, 23 bulan dari Kampung Laut meninggal dunia selepas demam berpanjangan sejak 28 Mei lalu sebelum paru-parunya dijangkiti kuman.

Anak bongsu daripada lima beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut pada jam 8 malam, semalam.

Ibunya Rozana Zakaria@ Omar, 42, berkata, anaknya meninggal dunia dipangkuannya ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jika diikutkan Muhammad Firdaus sudah sihat daripada demam dan hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah.

“Bagaimanapun Muhammad Firdaus tiba-tiba menjadi pucat ketika berada dipangkuan saya dan dirujuk kepada doktor seterusnya disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Tambahnya, anaknya itu baru sahaja boleh berjalan sejak dua bulan lalu.

“Kami belum puas bermain dengan arwah sejak dia boleh berjalan tetapi apa boleh buat umurnya tidak panjang.

“Sebagai ibu saya dan keluarga sudah puas hati menjaganya termasuk memenuhi segala keperluan rawatan arwah.

“Jika ikutkan jenis penyakit yang dihidapi arwah sejak lahir iaitu sindrom Patau, penyakit jantung berlubang dan penyakit buah pinggang arwah hanya boleh bertahan selama setahun,” katanya.

Menurutnya, pemergian arwah memberi kesedihan kepada mereka sekeluarga kerana arwah yang selalu menceriakan mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini