comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kanak-kanak jatuh parit ditemui lemas di pangkal pokok sawit

 

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit dan dihanyutkan arus di Kampung Tiram, dekat sini petang semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 7 petang.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 7.07 minit petang.

Susulan itu sebuah jentera bersama 14 anggota dari balai Johor Jaya dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Rafie Ahmad Sareng.

“Sebaik tiba kami mendapati seorang kanak-kanak telah terjatuh ke dalam parit dan dihanyutkan arus deras. Berikutan itu anggota menjalankan operasi mencari mangsa yang turut disertai pasukan PPDA” katanya.

Hasil carian lebih dua jam akhirnya menemui mangsa yang tersangkut di pangkal pokok sawit kira-kira 2 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi berakhir jam 12.00 tengah malam.

Loading...
Terkini