comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak lelaki Rohingya 7 tahun lemas

Oleh: Shaharil Kadir

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun ditemui lemas, selepas terjatuh di pelantar ikan di Hutan Melintang, Perak, pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 7 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat menggerakkan operasi mencari kanak-kanak Rohingya itu dalam lingkungan 1 km dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

2 buah bot digunakan bagi mengesan mangsa menerusi pencarian di permukaan air.

Pada jam 11.16 pagi, mangsa telah dijumpai oleh nelayan dalam keadaan terapung, kira-kira 600 meter dari lokasinya terjatuh.

Anggota bomba kemudiannya membawa naik mangsa ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini