comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak OKU 11 tahun ditemukan lemas

Pasukan bomba bersama penduduk kampung melakukan pencarian kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di sungai Kampung Lokub, Manggatal, Kota Kinabalu. FOTO IHSAN BOMBA.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Lokub, Sepanggar di sini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan Indah Tawasil ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) tersekat pada objek di dasar sungai pada kedalaman 25 meter pada 6.30 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada 1.03 tengah hari sebelum pasukan penyelamat tiba kira-kira 40 minit kemudian, disusuli operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh 23 anggota.

“Menurut pemanggil terdapat seorang kanak-kanak perempuan OKU berada di tepi jambatan telah terjun ke dalam sungai dan didapati kanak-kanak tersebut tidak timbul.

“Pasukan bomba berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR dengan menggunakan kaedah penyelamatan di permukaan dan turut dibantu PPDA dengan kaedah selaman, sebelum mangsa ditemukan,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan 6.47 petang tadi.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini