comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak parah selepas dada, leher tertusuk besi

FOTO: Ihsan Bomba

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki mengalami saat ngeri apabila besi menusuk dada dan lehernya selepas terjatuh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tandek di Kampung Tandek, di sini, hari ini.

Mangsa berusia lima tahun itu dipercayai terjatuh ketika berjalan bersama ibunya menuju ke sebuah kedai runcit berhampiran SK Tandek.

Ibu mangsa kemudian bergegas menghantar mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas difahamkan sukar untuk mengeluarkan besi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.31 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke hospital.

“Pasukan bomba berjaya memotong besi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

“Keadaan mangsa tidak dapat dipastikan kerana ketika operasi mengeluarkan besi itu, mangsa ditidurkan.

“Bagaimanapun sebaik besi itu berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini