comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak perempuan 4 tahun tersepit dalam mesin basuh

Bomba membantu mengeluarkan seorang kanak-kanak perempuan usia 4 tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Padang Terap. – FOTO: Ihsan JBPM Kuala Nerang.

PADANG TERAP: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, di sini hari ini berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.53 petang.

Sepasukan anggota dari BBP Kuala Nerang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rahim Mohd Rashid bersama enam anggota segera dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun tersangkut di dalam ruangan bahagian pengering mesin basuh jenis manual,” katanya.

Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam keadaan selamat dan tanpa sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit.

Mangsa yang berjaya dikeluarkan itu kemudian diserahkan kepada keluarganya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Aminudin berkata operasi tamat sepenuhnya jam 4.43 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini