Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Kampung Piasau

Pasukan bomba menjalankan operasi SAR kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Piasau, Kota Kinabalu, petang ini.

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Kampung Piasau, di sini, hari ini.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang mandi bersama beberapa rakannya, sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.41 petang.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mengambil maklumat dan difahamkan mangsa melakukan aktiviti mandi-manda di sungai berkenaan sebelum dikatakan lemas.

“Pasukan operasi terus menjalankan operasi di sekitar sungai berkenaan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian terus dijalankan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini