comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak perempuan lemas jatuh sungai

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui lemas di Sungai Gelang Patah – FOTO: Ihsan Bomba

ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas di Jeti Sungai Gelang Patah, Jeti Kampung Dapur Arang di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Saifulizam Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5 petang.

Katanya mangsa yang dikenali sebagai Nur Aqisyah Abdullah, 10, dipercayai jatuh ke dalam sungai ketika bermain di tepi jeti ketika hujan.

“Sembilan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada pukul 5.08 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di lokasi kejadian iaitu di Jeti Kampung Dapur Arang. Setelah empat jam operasi digerakkan, mangsa dijumpai pada pukul 9.07 malam tadi.

“Mayat mangsa ditemui di dasar sungai dengan kedalaman tiga meter. Kedudukan mangsa dijumpai lima meter dari tempat terakhir mangsa dilihat pada 9.07 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini