comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak perempuan OKU dikhuatiri lemas selepas terjun di sungai

Pasukan bomba bersama penduduk kampung melakukan pencarian kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di sungai Kampung Lokub, Manggatal, Kota Kinabalu. FOTO IHSAN BOMBA.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas terjun di sungai Kampung Lokub, Manggatal, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit, Indah Tawasil, 11, dikatakan terjun dari atas jambatan untuk mandi-manda bersama rakan sebelum hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata selepas terjun, kanak-kanak terbabit didapati tidak timbul.

Katanya, kanak-kanak terbabit mandi-manda bersama beberapa kanak-kanak lain, sebelum mangsa naik di atas jambatan dan terjun ke sungai.

“PGO JBPM Sabah dan Bilik Kawalan BBP Kota Kinabalu menerima panggilan MERS999 kecemasan mengenai seorang mangsa dikhuatiri lemas di sungai pada jam 1.03 tengah hari.

“Menurut pemanggil terdapat beberapa kanak-kanak melakukan aktiviti mandi-manda di sungai dan seorang kanak-kanak perempuan berada jambatan terjun ke dalam sungai dan tidak timbul.

“Pasukan bomba berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dengan kaedah surface rescue,” katanya.

Katanya, seramai sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 1.43 tengah hari untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini