comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak perempuan patah jari kaki tersepit eskalator pusat beli-belah 

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan patah jari kaki selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada petang Isnin.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.56 petang.

Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dari eskalator berkenaan oleh pasukan bomba dengan dibantu pihak pengurusan bangunan terbabit beberapa minit kemudian.

Susulan itu, katanya, mangsa mengalami kecederaan pada tiga jari kaki kiri dengan salah satunya patah.

“Mangsa diserahkan kepada hospital untuk diberikan rawatan serta tindakan selanjutnya,” katanya.


Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini