comscore
Tumpuan :
Nasional

Kapal layar terbakar berhampiran jeti di Langkawi

Foto: NSTP

LANGKAWI: Sebuah kapal layar yang berlabuh di kawasan perairan berdekatan Jeti Pelancongan Kuah di sini, dilaporkan musnah akibat terbakar hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, tiada mangsa dilaporkan tercedera.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian melalui panggilan kecemasan pada jam 1.19 tengah hari.

“Sejurus itu, sebuah jentera bersama seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi memaklumkan kebakaran berlaku pada jarak 200 meter dari pesisir pantai membabitkan kapal layar berukuran panjang 12 meter dan lebar tiga meter,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zamri berkata, kebakaran membabitkan bahagian dalam kapal dengan anggaran kemusnahan adalah 50 peratus.

“Kerja memadam kebakaran dilakukan menggunakan satu aliran pancutan dari sumber air terbuka dan api berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 20 minit,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini