comscore
Tumpuan :
Nasional

Kapal pemasangan kabel dikecualikan dasar kabotaj bermula 1 Jun

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

KUALA LUMPUR: Semua kapal pemasangan kabel yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia, dikecualikan daripada dasar kabotaj bermula 1 Jun depan.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan, pengecualian itu dibuat di bawah Seksyen 65U Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Kenyataan itu menyebut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah menandatangani satu warta yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi internet di Malaysia, semalam.

Loke dalam kenyataan itu berkata, sejak 2020, syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa telah menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi.

“Kerajaan Perpaduan komited dalam memacu pembangunan infrastruktur digital negara,” katanya.

Selain itu Loke juga membatalkan pengecualian kabotaj bagi semua kapal yang mengangkut kargo dari mana-mana pelabuhan di Sarawak ke mana-mana pelabuhan di Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sabah  dan sebaliknya.

Kenyataan itu menyebut ia dibuat atas permintaan kerajaan Sarawak. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini