comscore
Tumpuan :
Nasional

Kapal tempur LCS hanya akan siap pada 2029 – PAC

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendedahkan lima kapal itu dijangka siap pada 2029.

Menurut Naib Pengerusi PAC, Wong Shu Qi, beliau mendapati tempoh masa pembinaan LCS dilanjutkan lagi kepada 83 bulan.

Beliau berkata, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka hanya dapat memperolehi kelima-lima LCS pada 2029 berbanding kontrak asal di mana lima kapal LCS itu sepatutnya diserahkan pada 2022.

Beliau berkata, PAC juga mendapati tiada kemajuan bagi pembinaan LCS sejak daripada lawatan PAC pada 11 Disember 2021 hingga lawatan PAC pada 10 Jun 2023.

“Melalui pelan mobilisasi yang terkandung dalam Kontrak Tambahan Kelima (SA5) yang ditandatangani pada 31 Mei 2022, MINDEF merancang dengan lebih teliti selepas kegagalan menepati jadual asal pembinaan LCS di mana kapal berkenaan sepatutnya siap pada 2023,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Loading...
Terkini