Tumpuan :
Nasional

Kasih, hormat dan hargai sesama warga untuk pacu pembangunan negara – PM

FOTO: Ihsan Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam laman Facebooknya hari ini, dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan serta tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan pentadbiran negara.

“Ini selaras dengan konsep MADANI yang menuntut kita semua untuk mengenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini dan juga hari mendatang,” katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat hari Wilayah Persekutuan buat seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang menyambutnya pada 1 Februari setiap tahun.

“Moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendak-Nya.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini