comscore
Tumpuan :
Nasional

Kastam sangkal dakwaan serbu Invoke

Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan ia menyerbu firma data, Invoke Solutions Sdn Bhd yang diasaskan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

JKDM dalam kenyataan sebaliknya memaklumkan, pihaknya hanya menyerahkan satu notis kepada syarikat itu.

Ia adalah notis pemberitahuan untuk pemeriksaan dokumen berkaitan cukai perkhidmatan, di mana syarikat itu berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

“Pemeriksaan ke atas dokumen yang akan dibuat adalah prosedur rutin bagi tujuan verfikasi audit serta khidmat nasihat ke atas Pengisytiharan Penyata SST-02 yang dibuat pihak syarikat.

“Tiada sebarang serbuan dibuat JKDM ke atas Invoke Solution sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu yang dipetik Utusan Malaysia.

JKDM menasihatkan orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur spekulasi dan khabar angin yang boleh menjejaskan kredibilitinya.

Rafizi dalam sidang media semalam memaklumkan SPRM menyerbu pejabat Invoke miliknya.

Beliau mendakwa peguamnya sedang mengendalikan urusan itu dan kemudian JKDM pula mahu menyerbu pejabat Invoke.

Loading...
Terkini