comscore
Tumpuan :
Nasional

Kaunter imigresen di BSI mula sesak

Foto ihsan media sosial rasmi JIM Johor.

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor mengaktifkan laluan kontra di dewan ketibaan Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) berikutan aliran pelawat yang tinggi dan sesak petang tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui media sosial rasmi JIM Johor, aliran kontra berkenaan diaktifkan bermula jam 3.40 petang tadi.

Katanya, aliran kenderaan ringan juga bergerak perlahan menuju ke zon pemeriksaan Jabatan Imigresen.

Manakala aliran trafik dari Woodlands, Singapura dijangka meningkat menjelang makan besar malam ini sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok.

Justeru JIM Johor menasihatkan pelawat agar memastikan dokumen perjalanan teratur dan masih dalam sah laku sebelum memasuki kaunter pemeriksaan Jabatan Imigresen.

Bagi pelawat yang perlu mengemukakan visa dikehendaki menyediakan dokumen yang perlu untuk pemeriksaan.

Bagi yang membawa kenderaan pastikan nilai kad Touch’n Go mencukupi sebelum tiba ke Bangunan Sultan Iskandar untuk mengelak kesesakan.

Pelawat atau pelancong boleh menyemak status kelayakan di portal Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) dan mengisi butiran perjalanan sebelum tiba di Bangunan Sultan Iskandar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini