comscore
Tumpuan :
Nasional

Kawalan diperketatkan di Pintu 2 Istana Negara

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kawalan masuk ke laluan berhampiran Pintu 2, Istana Negara, diperketatkan bermula pagi tadi. Sepasukan pegawai polis melakukan pemeriksaan bagi setiap kenderaan yang ingin menuju ke pintu utama dan kenderaan yang tidak mempunyai tujuan rasmi diarahkan untuk berpatah balik ke arah Jalan Bukit Semantan.

Selain itu, anggota polis dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) turut tidak membenarkan mana-mana kenderaan diparkir di bahu jalan keluar dari Pintu 2, Istana Negara.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menghadap baginda di Istana Negara, hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi menghadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi.

Loading...
Terkini