comscore
Tumpuan :
Nasional

Kawasan Tok Bali yang kotor ”tanah persendirian”

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Izani Husin.

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memaklumkan Pantai Tok Bali yang didakwa kotor apabila dipenuhi sampah yang menjadi tular di media sosial adalah membabitkan tanah persendirian.

Ia bukannya di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata, pantai di kawasan Tok Bali di bawah PBT sentiasa terjaga apabila pihak yang mendapat kontrak menjalankan rutin mengutip sampah.

“Walaupun tanah di pantai berkenaan adalah milik persendirian, namun pihak kita sudah mengarahkan PBT untuk membersihkan kawasan itu.

“Kawasan yang kotor (di pantai), kebanyakan adalah tanah persendirian yang tidak dijaga dengan baik.

“Apabila ada sampah, orang akan ambil gambar dan viral (tular) yang menampakkan Kelantan kotor. Jadi orang akan salahkan kita (kerajaan negeri) dan ini tidak berlaku adil kepada kami,” katanya.

Dr Izani menambah semua pihak terutama rakyat bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

“Justeru, bagi memberi kesedaran, pihak kerajaan sentiasa menganjurkan program dengan memberi pendidikan kepada masyarakat secara berterusan dan istiqamah.

“Pembuangan sampah harian di seluruh Kelantan setiap hari adalah sekitar 1,200 tan sehari dan ia meningkat empat kali ganda ketika Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Tangkap layar video di Instagram. – FOTO: Instagram/ Hunny Madu

Tular sebelum ini apabila penyanyi, Hunny Madu, 39, terkejut dengan tahap kebersihan Pantai Tok Bali yang sangat kotor dan dipenuhi sampah-sarap.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim yang berkunjung ke situ berkata, dia pelik bagaimana keadaan pantai itu boleh berubah sama sekali berbanding sebelum ini.

Loading...
Terkini