comscore
Tumpuan :
Nasional

KD Mahawangsa hantar aset tambahan kepada Malbatt di Lubnan

Oleh Shaharil Kadir

LUMUT: Buat julung kalinya, Markas Angkatan Bersama dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalinkan kerjasama menghantar aset tambahan kepada pasukan Malbatt 850 di Lubnan dengan menggunakan kapal KD Mahawangsa.

Aset berkenaan termasuk, 6 trak 3 tan, 2 trak 1 tan, sebuah ambulan, peluru, bahan letupan serta peralatan komunikasi.

Majlis pelepasan tali KD Mahawangsa sempena pelayaran ke Lubnan itu disempurnakan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral, Datuk Yazid Arshad di Tambatan Pangkalan Lumut yang turut dihadiri ahli keluarga anak kapal berkenaan.

KD Mahawangsa membawa 203 pegawai, anak kapal serta kru sokongan diketuai Pegawai Memerintah, Kapten Mohd Amin Mat Tahir.

Kapal berkenaan dijangka singgah di beberapa pelabuhan di sepanjang pelayaran, termasuk menyertai International Fleet Review di Bangladesh.

KD Mahawangsa bakal menempuh pelayaran selama 2 bulan, sebelum tiba di Beirut, Lubnan pada 2 Januari depan sebelum kembali semula ke Tambatan Pangkalan Lumut pada 4 Februari depan.

Selain menghantar aset tambahan, penugasan kali ini juga bertujuan menganalisa dan menguji rancangan kontingensi bagi evakuasi kontinjen Malbatt sekiranya kawasan misi tidak stabil.

Misi kali ini juga bagi menguji kemahiran warga kapal dalam melaksanakan tugas hakiki terutama bridge team ketika melalui kawasan navigasi terhad seperti Terusan Suez.

Loading...
Terkini