comscore
Tumpuan :
Nasional

KDN belum terima laporan kebocoran data 800,000 pengundi

 

FOTO : NSTP

ARAU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima sebarang laporan berhubung kebocoran 800,000 data pengundi yang didakwa diperoleh daripada sistem MySPR.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, setakat ini belum ada pihak yang mengaku menerima data seperti ini.

“Setakat ini juga belum ada laporan polis dibuat dan sekiranya ada, kita akan melakukan penyiasatan terhadap isu ini.

“Namun apa yang saya hendak tekankan di sini adalah data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanyalah nama dan nombor kad pengenalan saja dan sekiranya tertera sekali dengan nombor telefon bererti ia adalah satu bentuk penipuan,” katanya selepas menyampaikan ceramah Program Jelajah Perikatan Nasional (PN) bersama Datuk Seri Hamzah Zainuddin ke Negeri Perlis di Bilik Gerakan Utama PN Arau, Hutan Kandis di Guar Sanji, di sini hari ini.

Turut hadir, penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengerusi PN Perlis, Shukri Ramli dan Naib Pengerusi 1 PN Perlis, Abu Bakar Hamzah.

Hamzah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak mahu mengaitkan isu kebocoran itu mempunyai dengan syarikat telekomunikasi di negara ini.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 800,000 data pengguna didakwa diperoleh daripada sistem MySPR SPR dijual pada harga RM9,401 di pangkalan data terkenal.

Berdasarkan laporan di lowyat.net, difahamkan terdapat pangkalan data itu memiliki gambar swafoto dan MyKad yang menggunakan sistem elektronik Kenali-Pelanggan-Anda (e-KYC).

Malah, dalam ciapan di Twitter oleh seorang pengguna yang bernama Acailjawe, penjual mendakwa bahawa pangkalan data itu juga mempunyai banyak butiran lain seperti nama penuh, nombor ID, alamat e-mel, tarikh lahir, kata laluan dan alamat penuh.

Dalam masa yang sama, data itu turut mengandungi lebih daripada 1.6 juta imej eKYC dengan jumlah saiz fail 67GB dan mendakwa bahawa mereka memiliki daftar pemilih penuh dengan butiran 22 juta pemilih walaupun penyenaraian itu tertumpu semata-mata pada data eKYC sistem dalam talian MySPR.

Laman web itu memaklumkan walaupun ciapan Acaiijiwe menjadi tular semalam, penyenaraian itu berlaku pada April berdasarkan lawatan mereka sendiri ke pasaran pangkalan data. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini