comscore
Tumpuan :
Nasional

{VIDEO] KDN dijangka bawa rang undang-undang baharu, kawal selia pintu masuk negara


Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PUTRAJAYA: Aspek keselamatan dan isu penyeludupan di pintu-pintu masuk negara antara yang menjadi perbincangan Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka akan mengusulkan rang undang-undang baharu bagi mengawal selia pintu masuk negara.

“Bukan sahaja di KLIA, tetapi juga berpotensi berlaku di banyak pintu masuk.

“Kita jangka dalam masa yang tidak terlalu lama Kementerian Dalam Negeri akan membawa satu rang undang-undang yang baharu supaya ada satu agensi penyelaras di antara beberapa agensi terlibat untuk mengawal selia pintu masuk negara.

“Selain mempunyai punca kuasa dari segi undang-undang untuk mereka beroperasi dengan kuasa yang secukupnya,” katanya yang juga Menteri Komunikasi dalam sidang media pasca mesyuarat mingguan di Putrajaya, hari ini.

Insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada awal pagi Ahad lalu menggemparkan orang ramai.

Kejadian mengakibatkan seorang mangsa kritikal terkena tembakan, sementara beberapa lagi cedera ringan akibat balingan mercun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini