comscore
Tumpuan :
Nasional

Keadaan banjir Rantau Panjang terkawal

Foto: NSTP

KOTA BHARU: 28 penduduk daripada enam keluarga di Kampung Bendang Perol, Tok Deh dekat Rantau Panjang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata, kesemua mangsa berada di PPS berikutan rumah mereka masih dilanda banjir.

Katanya, keadaan air di kampung Tok Deh dan Tersang juga bertahan seperti semalam walaupun tidak hujan tetapi ia berada dalam keadaan terkawal.

Air Sungai Golok juga masih melepasi paras amaran dengan bacaan 8.39 meter pagi ini.

“Pihak kita sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan keadaan banjir terkawal dan memberi peringatan kepada penduduk sekiranya paras air naik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, beliau berkata, anggota APM di daerah lain juga turut membuat pemantauan dari semasa ke semasa ke sungai-sungai utama termasuk di Gua Musang dan Kuala Krai berikutan berlakunya hujan di sana.

Seramai 1,300 pegawai dan anggota APM di Kelantan termasuk 100 di daerah Pasir Mas sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi banjir. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini