comscore
Tumpuan :
Hiburan

Keating kembali ke Malaysia

PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu popularnya ‘When You Say Nothing At All’, Ronan Keating kembali ke Malaysia selepas 3 tahun.

Keating akan mengadakan konsert ”Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023” anjuran MIC Entertainment Group pada 19 Ogos ini di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands jam 8.30 malam.

Penonton yang hadir pada malam itu akan dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia dendangan Keating yang masih digemari hingga kini.

Keating memulakan kariernya pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, antara ‘boyband’ paling popular ketika itu.

Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Keating aktif mengeluarkan lagu baru dan dia berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini.

Antara lagu-lagu popularnya ialah ‘If Tomorrow Never Comes’, ‘Time After Time’, ‘Life Is A Rollercoaster’ dan ‘This I Promise You’.

Selain itu, Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai penyanyi dari Ireland yang berpengaruh, ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global.

Albun Keating terjual lebih 20 juta unit di seluruh dunia, tidak termasuk 25 juta unit album bersama Boyzone.

Loading...
Terkini