comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran di Genting Highlands berjaya dipadam jam 7 malam – Bomba

Oleh: Fazli Ahmad

BENTONG: Kebakaran melibatkan bangunan empat tingkat di pusat beli belah SkyAvenue, Resort World Genting di Genting Highlands yang berlaku petang tadi berjaya dipadamkan kira-kira jam 7 malam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan anggota bomba ketika ini.

“Berkaitan dengan kebakaran itu, dah dikawal (api) di bahagian luar sahaja. Buat masa ini kita tidak dapat laporan lagi sama ada mangsa atau tidak,” jelasnya ketika dihubungi Buletin TV3.

Operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Higlands, Bentong dan Karak.

Terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kebakaran di bangunan itu kira-kira jam 4.55 petang tadi.

Api berjaya dikawal jam 6.30 petang sebelum dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian.

Video kebakaran itu turut tular di laman sosial.

Sehingga kini punca kejadian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini